Wajah kesayangan hamba |
Akhir-akhir ini, negara telah dilanda semacam fenomena yang dipanggil TsuNazmi. Walaupun aku rasa sebenarnya takdelah gelombang mana pun. Biasa je. Apalagi kalau bukan gelombang yang dicetuskan manusia bernama Nazmi Faiz Mansur.
Umur baru 17 tahun tapi dah tunjuk belang kat abang-abang senior dia. Kalau kat asrama mahu kena orientate dengan senior sebab melebih-lebih.
Gol ke-7 tercantik dunia? Apa gila si analisis bola tu? Tak masuk website FIFA pun? Cuma masuk website bangang yang banyak sebar berita bangang.
Kemudian dia nak dibeli skuad ATM dengan bayaran gaji RM20,000 sebulan. ATM ni pun satu, punyalah budak lagi. Takkan nak diletakkan training ganas-ganas? Buat rugi je beli budak ni.
Tapi budak ni pun satu bangang. RM20,000 sebulan. Siapa nak bagi? Dahlah SPM tak ambik lagi. Orang lain degree hempas-pulas, takdenya dapat gaji macam tu sebulan. Bangang. Lepas tu sombong pulak cakap nak tunggu tawaran luar negara. Nak tunggu sapa beli? Barcelona? Baik mimpi jelah.
Yang menambah pelik, bila ada orang samakan si Nazmi ni macam Kaka. Janganlah jadi bangang wahai orang Malaysia. Park Ji Sung dah main berapa lama kat Eropah pun takde siapa kata dia macam Kaka. Ni kan lagi orang Malaysia yang tak tahu main bola. Main telur powerlah.
Sekarang semua orang, lebih-lebih lagi perempuan sibuk letak profil picture gambar budak tak mummayiz ni. Heh. Dasar perempuan. Bukan reti tengok bola. Tapi tahu nya tengok telur si pemain bola. Apesal tak letak gambar Tami Arasu?
Pada aku, Nazmi tak power mana. Sama bangang dengan player Malaysia yang lain. Cuma budak ni level bangangnya tak sama dengan Fakri. Lagi satu pada aku, budak ni satu lagi produk yang bakal gagal bila dah jumpa perempuan. Sama macam Zaquan, Zafuan, dan yang terbaru, si abang muka Jepun Kerol Fami.
Tak percaya? Tengoklah nanti kalau ada artis seksi maut nak ajak kapel. Ptuih!!!....